Mengepung Lapangan Terbang Suvarnabhumi Krisis_politik_Thailand_2008

Pada 21 November 2008, pemimpin PAD, Sondhi Limthongkul menyeru rakyat Thailand supaya menyertai protes besar-besaran pada Ahad, 23 November 2008, bagi menjatuhkan kerajaan "yang mabuk darah"[8]. Maka sejak itu penunjuk perasaan yang dipimpin Pakatan Rakyat Bagi Demokrasi (PAD) mengepung Lapangan Terbang Suvarnabhumi bagi menghalang Perdana Menteri Somchai Wongsawat pulang dari sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Lima , Peru. Somchai selamat mendarat di Lapangan Terbang Chiang Mai bagi menjayakan Sidang Kemuncak ASEAN yang dipindahkan ke Chiang Mai. Tetapi Sidang Kemuncak itu juga terpaksa dibatalkan.

Seorang aktivis anti-kerajaan mati ditembak di Chiang Mai, utara Thailand oleh sekumpulan penyokong kerajaan. Pada 26 November 2008, seorang lelaki penunjuk perasaan antikerajaan cedera terkena letupan bom yang dilontar ke arah kumpulan penunjuk perasaan di Lapangan Terbang Suvarnabhumit.[9] Leftenan Kolonel Atipol Thongdaeng menyatakan seorang lelaki 50-an ditarik keluar dari keretanya, lalu ditembak dengan senjata api oleh sekumpulan yang dipercayai penyokong kerajaan kerana anaknya mengendalikan sebuah stesen radio antikerajaan.

Mengepung Lapangan Terbang Don Mueang

Pada 27 November 2008, penyokong PAD juga mengepung Lapangan Terbang Don Mueang yang menjadi pejabat sementara Perdana Menteri. Tiga cedera setelah dua bom tangan meletup ketika penyokong antikerajaan sedang berarak di jalan masuk lapangan terbang Don Mueang. Pada 2 Disember 2008, serangan bom tangan ke atas Perikatan Demokrasi Rakyat (PAD) di Lapangan Terbang Don Muang menyebabkan Ronnachai Chaisri terbunuh dan 22 cedera. Jalan 12.05 pagi seorang lelaki berdiri di pintu Tol Don Muang melempar bom tangan M79 yang jatuh di terminal ketibaan lapangan terbang domestik Don Muang.

Penutupan lapangan terbang mengakibatkan lebih 300,000 rakyat asing terkandas di Thailand, dan antara 40,000 hingga 50,000 warga Thai di seberang laut tidak dapat pulang.[10] Pelancong asing terpaksa menggunakan lapangan terbang U Tapao , 140 km dari Bangkok.

Rujukan

WikiPedia: Krisis_politik_Thailand_2008 http://www.economist.com/world/asia/displaystory.c... http://www.nationmultimedia.com/2008/10/29/politic... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=091... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=092... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt...